Monday, November 29, 2010

Januari 2011

Hari ini aku bru mendapat khabar bahawa aku akan transfer ke Pulau Pinang, Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang. Aku akan mula berkhidmat pada Januari 2011. Hanya satu sahaja harapan aku di sana, agar segala ilmu yang aku ada dapat aku kongsi bersama semua anak didik aku untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aku tidak merasakan kerjaya ini mudah bagi aku kerana ia adalah proses untuk membentuk dan melahirkan seseorang untuk menjadi sesuatu. Aku akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini. Walaupun sedikit sedih meninggalkan bumi shah alam ini kerana begitu banyak kenangan dan dunia yang akan menjadi sedikit jauh. Kawan-kawan dan debat adalah dua perkara yang amat sedih untuk aku tinggalkan. Namun aku percaya di sana juga aku mampu untuk mencari apa yang aku tinggalkan walaupun tidak sama. Aku amat berharap mereka juga tidak melupakan aku yang jauh dimata kerana aku amat menyayangi dua keluarga yang besar ini. Secara mudahnya, aku tidak mahu dilupakan walaupun aku ini tidak seberapa. Aku hanya berharap agar semua mendoakan kejayaan aku di tempat baru dan mendoakan aku agar dapat memperkembangkan keluarga debat di UiTM Pulau Pinang yang teramat sunyi suasananya dari hiruk-pikuk suara-suara pendebat. Besar harapan aku adalah aku akan terus berusaha, cekal dan tabah dalam menempuh satu lagi kronologi dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia.

No comments:

Post a Comment