Thursday, November 25, 2010

Hari Kedua

25 November 2010 merupakan hari kedua latihan debat diraja bagi uitm. Latihan yang bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 2 pagi menjadi lebih intensif kepada pendebat-pendebat uitm bagi memastikan mereka lebih merasakan tekanan pertandingan yang sudah tidak lama lagi dan merasakan kemarau yang uitm alami sejak beberapa tahun yang lalu. Latihan yang dijalankan melibatkan sesi debat, sesi soal jawab dan sesi analisis perdebatan supaya menjadi lebih baik dalam perdebatan yang seterusnya.

Sedikit perkembangan dapat dilihat dalam beberapa pendebat walaupun masih jauh daripada par sebagai pendebat yang layak untuk mewakili universiti. Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan oleh para pendebat bagi meningkatkan kualiti dan mutu perdebatan. Selain itu, bagi pendebat-pendebat yang dikategorikan 'beginner' latihan membuat hujah yang sesuai terhadap usul dan kesesuaian hujah dalam usul yang diberikan supaya hujah tersebut menjawab dan membuktikan usul perdebatan.

Wednesday, November 24, 2010

Hari Pertama

Hari ini 24 November 2010 adalah hari pertama latihan debat diraja dan 1 Malaysia bertempat di Kelab Debat UiTM yang terletak di Kolej Perindu. Seramai lebih kurang 30 hingga 40 orang pendebat daripada seluruh uitm menghadirkan diri untuk mengikuti latihan dan pemilihan bagi kali ini. Beberapa debat telah diadakan sebagai permulaan latihan dan pemilihan. Selain daripada itu, latihan pemikiran kritis juga dilaksanakan bagi menilai kebolehan pendebat dalam memberikan sebab terhadap usul yang dipilih selaku kerajaan dan pembangkang. 

Secara keseluruhannya, prestasi pendebat masih lagi tidak memuaskan dan memerlukan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan para pendebat uitm bersedia untuk menempuh pertandingan yang bakal disertai. Kelemahan utama mereka adalah dalam memberikan sebab terhadap usul dan memilih perkataan yang tepat untuk menggambarkan usul dan pembuktian. Dalam pada itu, perkara-perkara asas dalam perdebatan juga masih ada yang ditinggalkan dan perkara ini akan diperbaiki dengan latihan intensif yang seterusnya. Pembacaan yang berkualiti juga perlu diambil berat oleh setiap pendebat untuk memastikan setiap daripada mereka bersedia dan benar-benar bersungguh untuk mewakili uitm.

Harapannya adalah semoga sinar cahaya yang malap ini berubah menjadi terang untuk menyuluh jalan dan liku-;iku yang bakal ditempuh.

Tuesday, November 23, 2010

Cantik

Cantik ini hanya sementara sahaja. Cantik di luar mahupun cantik didalam. Cantik ini bukan sekadar untuk pameran. Cantik juga bukan untuk dipergunakan. Cantik juga sinonim dengan golongan hawa. Tetapi, masih ada golongan hawa ini yang tidak sedar dan bersyukur dengan kecantikan yang dikurniakan Tuhan. Cantik menjadi alat untuk mengoda, untuk menjual, untuk mempermainkan dan untuk menduakan. Kecewa dan hampa sahajalah boleh ku luah dan kurasa. Cantik ini juga bersifat sementara. Jangan mudah terpesona dengan kecantikan. Padah dan malang boleh datang menjelma. Tuhan itu Maha Berkuasa. Cantik yang dikurnia pasti boleh menjadi hina. Luar dan dalam perlu dijaga. Agar semua hidup selesa. Nikmat diberi amat bermakna. Hidup bahagia aman sentosa.

Kuat dan terus kuat

Kehidupan yang penuh berliku pasti memberikan seribu erti yang berbeza dalam mengharunginya dengan tabah atau gelabah. Hari ini, di atas muka bumi yang semakin tua di mamah usia semakin pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Dari yang kecil hinggalah yang besar, dari yang muda hinggalah yang tua dan dari yang miskin hinggalah yang kaya. Hakikat yang perlu diterima adalah kita semua manusia biasa tiada beza di mataNya walaupun kita berbeza warna, bahasa, budaya, dan agama. Segala onak duri dalam kehidupan ini menjadikan seseorang itu lebih dewasa untuk tempuh hari-hari yang mendatang. Kesulitan dan kesukaran ini memberi pengajaran agar setiap perkara yang ingin dilakukan perlu ada perancangan dan bukannya membabibuta sahaja. Berfikir sebelum bertindak masih lagi aku pegang dan aku patut dalam kehidupan aku supaya seluruh alam ini berasa selasa dengan kewujudan insan kerdil ini. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. Kekuatan yang hadir dalam diri ini adalah kurnian terbesar dariMu dan sokongan dan dorongan dua insan tersayang yang mendewasakan aku menjadi aku terus kuat dan tabah dalam menyelami setiap masalah yang dihadapi.