Tuesday, November 23, 2010

Kuat dan terus kuat

Kehidupan yang penuh berliku pasti memberikan seribu erti yang berbeza dalam mengharunginya dengan tabah atau gelabah. Hari ini, di atas muka bumi yang semakin tua di mamah usia semakin pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Dari yang kecil hinggalah yang besar, dari yang muda hinggalah yang tua dan dari yang miskin hinggalah yang kaya. Hakikat yang perlu diterima adalah kita semua manusia biasa tiada beza di mataNya walaupun kita berbeza warna, bahasa, budaya, dan agama. Segala onak duri dalam kehidupan ini menjadikan seseorang itu lebih dewasa untuk tempuh hari-hari yang mendatang. Kesulitan dan kesukaran ini memberi pengajaran agar setiap perkara yang ingin dilakukan perlu ada perancangan dan bukannya membabibuta sahaja. Berfikir sebelum bertindak masih lagi aku pegang dan aku patut dalam kehidupan aku supaya seluruh alam ini berasa selasa dengan kewujudan insan kerdil ini. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. Kekuatan yang hadir dalam diri ini adalah kurnian terbesar dariMu dan sokongan dan dorongan dua insan tersayang yang mendewasakan aku menjadi aku terus kuat dan tabah dalam menyelami setiap masalah yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment