Wednesday, December 15, 2010

Debat Diraja

Hari nie baru lepas pulang dari friendly ngan um. Hari jumaat dah ke uthm tuk debat diraja 2010. Masih segar dengan kemenangan debat1 Malaysia. Harap kejayaan menjelma lagi tuk uitm.

Monday, December 6, 2010

Latihan Debat

Hari ini sudah minggu kedua latihan debat uitm untuk persediaan debat diraja dan debat 1 malaysia. Malam ini ada perlawanan persahabatan bersama UIAM di gombak. Kepada semua pendebat gunakan latihan yang diberikan ini untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal bersama ilmu pengetahuan yang sebaik mungkin bagi membawa pulang piala yang sudah lama diidam-idamkan ini.

Friday, December 3, 2010

Keajaiban Ekonomi Asia

'The extraordinary record of economic growth in the newly industrializing countries of East Asia has powerfully influenced the conventional wisdom about both economic policy and geopolitics.' Prof Paul Krugman.

pindah umah

hari nie aku pindah umah dari blok 38 ke blok 52. untuk sementara before aku pergi penang. letih lah. now tengok debat jap. japa lagi nak kena settlekan semula barang-barang yang ada di bawah blok tue.

Thursday, December 2, 2010

hari-hari terakhir pelajar master

aku masih belum boleh untuk menghantar dissertation aku pada hari ini. satu lagi liku yang perlu aku hadapi. aku dituduh menipu terhadap peratusan 'plagarism' iaitu 'plagarism index'. tapi sesungguhnya aku tak buat langsung perkara itu. oleh kerana masalah, statu master aku kini bertukat menjadi 'Tidak Lengkap' dan perlu menghantar semula. keputusan hanya akan dibuat selepas dua minggu keputusan peperiksaan sesi julai-november 2010. aku jadi resah mengenai tugas aku yang akan mula pada januari 2010 samada aku masih boleh mengajar atau tidak. perkara ini akan aku biarkan atau perlu aku rujuk kepada dekan aku. aku masih lagi pusing dengan keadaan ini. tapi aku dah upload semula dalam turnitin dan dah settle dah. namun tarikh submit hari nie last. apapun aku terima bahawa semua kesulitan yang aku alami ini adalah dugaan dariNya yang akan ada hikmah disebalik semua perkara yang berlaku. aku perlu kuat dan perlukan sokongan semua orang dalam menghadapi setiap hari aku yang mendatang.

Debat

Hari nie friendly match uitm,upm dan ukm bertempat di ukm. Hope that ilmu berjaya ditimba. Kekurangan diperbaiki.

Wednesday, December 1, 2010

Menyangkak

"Kalau dah tak nak bagi tu cakap lah awal-awal. Takde lah aku tertunggu macam nie. Memang macam haram. Agaknya memang macam nie ek admin government bekerja?.....Sangat menyakitkan hati aku."

Tuesday, November 30, 2010

Monday, November 29, 2010

Januari 2011

Hari ini aku bru mendapat khabar bahawa aku akan transfer ke Pulau Pinang, Universiti Teknologi MARA Kampus Pulau Pinang. Aku akan mula berkhidmat pada Januari 2011. Hanya satu sahaja harapan aku di sana, agar segala ilmu yang aku ada dapat aku kongsi bersama semua anak didik aku untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aku tidak merasakan kerjaya ini mudah bagi aku kerana ia adalah proses untuk membentuk dan melahirkan seseorang untuk menjadi sesuatu. Aku akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini. Walaupun sedikit sedih meninggalkan bumi shah alam ini kerana begitu banyak kenangan dan dunia yang akan menjadi sedikit jauh. Kawan-kawan dan debat adalah dua perkara yang amat sedih untuk aku tinggalkan. Namun aku percaya di sana juga aku mampu untuk mencari apa yang aku tinggalkan walaupun tidak sama. Aku amat berharap mereka juga tidak melupakan aku yang jauh dimata kerana aku amat menyayangi dua keluarga yang besar ini. Secara mudahnya, aku tidak mahu dilupakan walaupun aku ini tidak seberapa. Aku hanya berharap agar semua mendoakan kejayaan aku di tempat baru dan mendoakan aku agar dapat memperkembangkan keluarga debat di UiTM Pulau Pinang yang teramat sunyi suasananya dari hiruk-pikuk suara-suara pendebat. Besar harapan aku adalah aku akan terus berusaha, cekal dan tabah dalam menempuh satu lagi kronologi dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia.

Thursday, November 25, 2010

Hari Kedua

25 November 2010 merupakan hari kedua latihan debat diraja bagi uitm. Latihan yang bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 2 pagi menjadi lebih intensif kepada pendebat-pendebat uitm bagi memastikan mereka lebih merasakan tekanan pertandingan yang sudah tidak lama lagi dan merasakan kemarau yang uitm alami sejak beberapa tahun yang lalu. Latihan yang dijalankan melibatkan sesi debat, sesi soal jawab dan sesi analisis perdebatan supaya menjadi lebih baik dalam perdebatan yang seterusnya.

Sedikit perkembangan dapat dilihat dalam beberapa pendebat walaupun masih jauh daripada par sebagai pendebat yang layak untuk mewakili universiti. Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan oleh para pendebat bagi meningkatkan kualiti dan mutu perdebatan. Selain itu, bagi pendebat-pendebat yang dikategorikan 'beginner' latihan membuat hujah yang sesuai terhadap usul dan kesesuaian hujah dalam usul yang diberikan supaya hujah tersebut menjawab dan membuktikan usul perdebatan.

Wednesday, November 24, 2010

Hari Pertama

Hari ini 24 November 2010 adalah hari pertama latihan debat diraja dan 1 Malaysia bertempat di Kelab Debat UiTM yang terletak di Kolej Perindu. Seramai lebih kurang 30 hingga 40 orang pendebat daripada seluruh uitm menghadirkan diri untuk mengikuti latihan dan pemilihan bagi kali ini. Beberapa debat telah diadakan sebagai permulaan latihan dan pemilihan. Selain daripada itu, latihan pemikiran kritis juga dilaksanakan bagi menilai kebolehan pendebat dalam memberikan sebab terhadap usul yang dipilih selaku kerajaan dan pembangkang. 

Secara keseluruhannya, prestasi pendebat masih lagi tidak memuaskan dan memerlukan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan para pendebat uitm bersedia untuk menempuh pertandingan yang bakal disertai. Kelemahan utama mereka adalah dalam memberikan sebab terhadap usul dan memilih perkataan yang tepat untuk menggambarkan usul dan pembuktian. Dalam pada itu, perkara-perkara asas dalam perdebatan juga masih ada yang ditinggalkan dan perkara ini akan diperbaiki dengan latihan intensif yang seterusnya. Pembacaan yang berkualiti juga perlu diambil berat oleh setiap pendebat untuk memastikan setiap daripada mereka bersedia dan benar-benar bersungguh untuk mewakili uitm.

Harapannya adalah semoga sinar cahaya yang malap ini berubah menjadi terang untuk menyuluh jalan dan liku-;iku yang bakal ditempuh.

Tuesday, November 23, 2010

Cantik

Cantik ini hanya sementara sahaja. Cantik di luar mahupun cantik didalam. Cantik ini bukan sekadar untuk pameran. Cantik juga bukan untuk dipergunakan. Cantik juga sinonim dengan golongan hawa. Tetapi, masih ada golongan hawa ini yang tidak sedar dan bersyukur dengan kecantikan yang dikurniakan Tuhan. Cantik menjadi alat untuk mengoda, untuk menjual, untuk mempermainkan dan untuk menduakan. Kecewa dan hampa sahajalah boleh ku luah dan kurasa. Cantik ini juga bersifat sementara. Jangan mudah terpesona dengan kecantikan. Padah dan malang boleh datang menjelma. Tuhan itu Maha Berkuasa. Cantik yang dikurnia pasti boleh menjadi hina. Luar dan dalam perlu dijaga. Agar semua hidup selesa. Nikmat diberi amat bermakna. Hidup bahagia aman sentosa.

Kuat dan terus kuat

Kehidupan yang penuh berliku pasti memberikan seribu erti yang berbeza dalam mengharunginya dengan tabah atau gelabah. Hari ini, di atas muka bumi yang semakin tua di mamah usia semakin pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Dari yang kecil hinggalah yang besar, dari yang muda hinggalah yang tua dan dari yang miskin hinggalah yang kaya. Hakikat yang perlu diterima adalah kita semua manusia biasa tiada beza di mataNya walaupun kita berbeza warna, bahasa, budaya, dan agama. Segala onak duri dalam kehidupan ini menjadikan seseorang itu lebih dewasa untuk tempuh hari-hari yang mendatang. Kesulitan dan kesukaran ini memberi pengajaran agar setiap perkara yang ingin dilakukan perlu ada perancangan dan bukannya membabibuta sahaja. Berfikir sebelum bertindak masih lagi aku pegang dan aku patut dalam kehidupan aku supaya seluruh alam ini berasa selasa dengan kewujudan insan kerdil ini. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya. Kekuatan yang hadir dalam diri ini adalah kurnian terbesar dariMu dan sokongan dan dorongan dua insan tersayang yang mendewasakan aku menjadi aku terus kuat dan tabah dalam menyelami setiap masalah yang dihadapi.

Sunday, November 14, 2010

Mendung

Mendung semakin berarak laju,
Langit yang biru bertukar kelabu,
Aku masih tidak mampu berlagu,
Hanya berlabuh membuai waktu,
Keseorangan termangu asyik beradu,
Kantuk turut merambat aku,
Pena yang ada dibiar membisu,
Nota terkulai tanpa diburu,
Biarlah waktu berubah selalu,
Hidup tetap kuterus bertuju.

Friday, November 12, 2010

Andai aku diberi peluang...

Andai aku diberi peluang untuk menyelamatkan kamu...
Andai aku diberi peluang untuk berkongsi nafasku....
Andai aku diberi peluang untuk berkongsi nyawaku....
Andai aku diberi peluang untuk terus hidup bersamamu....
Andai aku diberi peluang untuk terus menggembirakanmu....

Kamulah Ibundaku dan Ayahandaku....

Kerana kamu adalah nafasku......
Kerana kamu adalah nyawaku.....
Kerana kamulah nadiku.....
Kerana kamulah hidupku....
Kerana kamulah hatiku.....
Terima kasih Ibu dan Ayah....

Thursday, November 11, 2010

Tahniah Angah

Tahniah buat anak saudaraku nadiah aka angah yang mendapat keputusan yang baik dalam UPSR iaitu 4A 1B. Walaupun tidak memperolehi keputusan 5A dimana sains mendapat B, kami percaya angah dah buat yang terbaik. Kami berharap angah akan meneruskan perjuangan di alam persekolahan peringkat menengah. Keputusan UPSR angan adalah antara yang terbaik didalam keluarga Hj Abdul Hamid Aman. Kami semua bangga dengan angah.

Sekitar UPSR 2010

Tahun 2010 menyaksikan seramai 482,334 calon yang menduduki peperiksaan penilaian sekolah rendah UPSR. Hari ini, 11 November 2010 menyaksikan tangis tawa bagis setiap mereka yang menduduki peperiksaan tersebut. Daripada sejumlah besar calon yang mengambil peperiksaan tersebut, 48327 orang calon mendapat keputusan 5A dalam keseluruhan subjek yang diambil. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.49% kepada 10.02% berbanding tahun 2009. 

Apapun yang diperolehi, sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. 

Persoalannya: ke manakah hala tuju mereka selepas ini?
Pilihan anda mahupun ibu bapa anda:
      - SBP
      - MRSM
      - SMAP
      - Sekolah Harian 

Walau dimana pun kita melanjutkan pelajaran, ianya tidak memberikan perbezaan yang ketara. Hanya usaha yang akan mebezakan kita di mana kita akan berada 5 tahun yang akan datang. Keberadaan kita di sesebuah pusat pengajian yang terbaik hanya akan membuahkan hasil andai setiap yang dipelajari disertai dengan usaha, doa dan tawakkal. Masa depan anak-anak yang masih jauh perlu dicorakkan dengan baik dan bukan sekadar menyirami dengan kesenangan tetapi perlu dibajai dengan baja yang pasti akan memberikan laluan yang terbaik untuk mencapai destini yang terbaik di masa hadapan mereka.









Wednesday, November 10, 2010

hari-hari terakhir pelajar master

hari ini aku berada di fakulti untuk persedian terakhir aku untuk pembentangan kajian aku. aku hanya berharap agar segalanya berjalan dengan lancar agar dapat menamatkan pengajian aku dengan jayanya. aku berharap agar segala usaha aku selama ini akan memberikan pulangan yang setimpal. bersama rakan-rakan dalam suka dan duka adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang aku mengabadikan diriku sepanjang tempoh pengajian ini. drama yang berlaku akan dijadikan pengajaran yang terbaik kepada aku dan kawan-kawan aku. tidak semudah yang disangka dalam menempuh hidup ini. segala pengalaman yang dirimba dan dilalui akan mendewasakan aku dan menjadi aku lebih matang dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. apa yang diharapkan agar sinar menjelma di masa hadapan.

just start

hi all,
im just new here and change it from wordpress to here blogspot.
just wait fro my first post about living in this world.